Amazayn
was posted at 10:07 PM with 0 comments
Assalammualaikum bebeh. Harini nak cerita pasal lawatan pergi Langkawi hari. Start 29/10 - 31/10. Hee cewonok beb. Cewonok cebab pergi dengan kawan hihi. *senyum meleret* Okay biar aku cerita mana yang aku ingat je k?

So kiteorang pergi on Monday. Pagi bangun dengan ada barang yang tak masuk beg lagi, stay cool main dengan Arif dulu. He iz ma anak buah :3 Everyday bangun pagi around 5 lebih cemtu. Sebab apa? Nak susu la, budak kecil tak sampai sebulan takan dah reti solat kot? Hoho. Lepastu nak dekat pukul 7 masukkan barang dalam beg. Sampai sekolah 7 suku maybe, fuh nasib tak naik bas lagi. Nasib... Lega. So kami pun bertolak go to Langkawi hihi.

Le me duduk dengan Secuwaya while Adek duduk dengan ummu. Anis with Farhah, Matun, Becky and Eyka wempitz duduk last row dekat belakang and sebelah Becky kosong. It was awesome bebeh duduk belakang tetambah ada mereka semua. Superbly awesome. No doubt. Sampai perhentian apa entah, kiteorang turun makan. And selisih pula dengan budak stad. Hihi teringat Adam, kerush lama kita hihi lol tetiba. Dengar cerita dieorang pergi cameron and genting. Hoho le me pergi cameron next month with ma family hihi tak sabar. K sambung cerita. Lepastu dah makan semua teruskan our journey..

Dalam bas, abe dreba tu pasang cd. Mula mula cerita nongkrong kot. Then cerita Hantu Kapcai Zizan Comel Hansem Kacak Bergaya. Lepastu cerita OMBAK RINDU haha wtf ah. Kelakar pulak aku rasa. Lepastu cerita tu, dia pasang cerita Cun pula. Masa tu dah sampai Perlis dah, tak dapat tengok cerita cun tu habis. Dapat tengok sampai Remy Ishak masuk tv, tu je, lepastu pergi turun jeti.

Then masa Maghrib sampai Langkawi. Cecepat solat jamak Zohor dengan Asar then solat Maghrib. Aku solat atas katil kau, bilik kocik na. Btw, kami sangkakan kami duduk hotel yang comel tapi rupa rupanya hotel yang kami duduk tu dua puluh ribu juta kali ganda comel -..- *sigh* Malam tu, cikgu bawa keluar, pergi makan. Ya Allah, dugaan memang besar ah wa cakap lu. K ekceli takla besar sangat. Masa nak cari tempat makan tu, boleh hujan bapak lebat. Fffuu berlarilah kami pergi mencari tempat makan. Hmm dahlah m a h a l.... Btw, kami jumpa retis. Yang pelakon cerita SuperMak. Suami Nasha Aziz tu. Hihi.

Second day, k yang ni best. Pagi tu, memang aku merengek nak makan nasi lemak. Becky asyik suruh aku diam je dalam bas sebab aku asyik bising nak makan nasi lemak hihi. Lepastu berhenti dekat kedai, dengan harapan yang tinggi menggunung cari la nasi lemak. Oyeah jumpa pun finally. Aku ambil banyak, who care. Le me rindu nak makan nasi lemak.  Then cikgu bawa kami pergi naik bot. Cewonok. Memula pergi tempat pelihara ikan ikan tu lepastu tengok Helang. Abang bawak bot tu kata ada scene Ombak Rindu kat situ. Masa Haris dengan Izah peluk naik atas bot tu. Haa waktu tu la, so aku imagine la kejap aku dengan Zayn peluk cenggitumasa honeymoon. Hahaha haktuih! Lepastu suruh abang tu merempit naik bot hihi awesome moment ever! Best wa cakap lu. Dengan Matun punya takut tu, pegang seluar Eyka dengan Secuwaya haha kelakar.. Lepastu jejalan tengok ada pulau tu bentuk kasut blablabla. Lepastu pergi Gua Kelawar. Taik dia busuk do haha.

Then pergi Makam Mahsuri kot? Tak masuk sebab dah pernah pergi. Then pergi kilang gamat, batik tu semua. Tu semua aku tak masuk and tak turun. Duduk dalam bas je. Malas do. Dahlah paneh. Peloh kotiak den! Then pergi makan lunch. Aku tak makan, sebab still kenyang makan nasi lemak yang banyak aku ambil pagi tu haha. 

Kemudian naik cabel car. Haha masa ni memang matun kecut perut ah. Sian matun. Memula aku dengan secuwaya tak sama dengan dieorang. Kami dua je naik, lepastu naik. Then jumpa mereka, masatu aku jumpa Justin Bieber haha comel ah budak tu. Arab kot? Aku dah gila dengan Eyka pasal budak tu. Lepastu Eyka ni tangkap gambar dengan dia hahahahahaha sengal doh Eyka. K rejeki dia. Abang dia comel hihi. Lepastu naik atas lagi, tengok bapak Justin Bieber tu tengah borak dengan budak form one. Kami pun apa lagi pun join sekaki. Yang si Eyka tak habis habis "send my regards to your son" Gatal kemain. Tapi thumbs up la, Justin Bieber tu comel. Islam pula..

Dah habis pergi cabel car, pergi tempat ada sawah tu semua. Ya Allah heaven gila wa cakap lu! Memang terbaik la. Then pergi shopping beli baju. Oh haa kami jumpa retis lagi. Ciko, anak Uji Rashid tu hihi. Then malam tu pergi beli cekelat. K guess what? Duit tak cukup -.- Tepon mak mengadu then mak kata tak payah beli sebab nanti takut aku tak makan hihi. Tapi aku beli la jugak, nati kang abang aku sorang tu mengidam pulak -.-

Hari last memang tak best. Tak suka, spend time dalam bas je. Sebelum tu. pergi kedai pinggang mangkuk sebab cikgu nak beli -.- Hmm masa nak sampai seremban memasing suruh patah balik, kata tanak balik semua. So sad.. Hmm, esok tu aku tak datang sebab penat while the hostelite pergi sekolah. Sian dieorang.

Even semalam aku pergi sekolah pun aku still cakap pasal Langkawi dengan dieorang. Its our memories. Masa tengok pokok pokok yang ada dekat jambatan cabel car tu, secuwaya kata "lupa segala masalah do" haha rindu laa :/ Pape pun aku enjoy. Absolutely enjoy (Y) Dapat spend time dengan dieorang sebelum dieorang or diri aku sendiri pindah :D