Aku yang merasa
was posted at 7:40 PM with 0 comments

Assalammualaikum. Vas happenin? Lulz tajuk again mengancam jiwa dan raga kau bukan? Actually tajuk takde kaitan pun. Lmfao. *Hembus nafas dekat mic* Hello hello? Ehem ehem *batuk* Saya sudah tukar baju blog (Y) K sebelum tu, tahu kenapa aku hembus nafas dekat mic tu? Sebab kalau ketuk mic, nanti buzer/diafragma watsoever nama dia rosak. Aku tak ingat, aku tahu masa aku belajar Kemahiran Hidup, elektronik. Susah do, tetambah nak tahu kekutuban sesuatu barang tu lulz dah kenapa cerita pasal ni? K sambung balik...

Sekarang aku pakai blogskin.  Tangan gatal nak pakai blogskin muhewhew. Btw, idea letak button follow dengan dashboard GAMBAR ZAYN tu idea eden sendiri yo? Ekau jangan nak kato eden tiru ekau pulak. Kang ni makan dia *tunjuk kaki* Cakap jangan ikut sedap tekak je *gaya Johan* Tutor yang aku ikut aku ada letak dekat credit. Ada la dua tiga aku tak letak sebab tutor tu dari owner yang sama :D So nanti kalau nak tutor check them out je k.

Dengan berbekalkan lagu Justin Bieber feat. Nicki Minaj bontot pelastik elastik, aku merasakan blog aku macam dekat swimming pool gitu lulz Bukan ada kaitan pun. Aku saja nak kaitkan dengan MV lagu ni. Nanti aku dah muak dengar lagu ni, aku tukar lagu lain pula okay bebeh... So sementara ni aku pakai lagu ni je.

Ni lagi satu, nampak tak gif atas tu? Yang Zayn cuddle dengan Louis tu? Kau gilalah weh kalau tak nampak. Haha jk. GIF TU AKU BUAT SENDIRI K. Lol nampak tak bajet aku tu. K WHO CARES? Tak suka pergi tidur bawah katil. Kenapa? Because I ask to! Lolz annoying do aku....... -____-

Weh blog nak ngadu satu benda kotor sikit ah. Bontot aku sakit siaa. Lama sangat bersila kat bawah ni ha. Dalam 5 jam camtu kot? Haha sakit weh. Dah macam bengkak pulak aku rasa. Yelah dari online atas katil, bawak ke meja, dan akhirnya dekat lantai. Lepasni atas siling mugkin? Siapa tahu? Jadi spider kejap ke? Hiwhiw. K tu je nak ngadu, macam tak kotor sangat je? Haha.

Kau tahu, baru je seminggu start cuti sekolah dan aku rasa SANGAT BOSAN TAHAP CIPAN BERANAK PINAK SAMPAI LAPAN PULUH JUTA RATUS KETURUNAN DIA. Padahal baru seminggu. Huh, nak pergi sekolah aku memang tanak. Aku kena buat sesuatu yang menghilangkan kebosanan yang melanda diriku. Apo jo yang eden boleh buek? Online jelah kerja aku. Lepastu tengok Running Man. Kau tahu hari hari aku tengok Running Man haha. Nampak ah takde keje aku tu kan? Lepastu buat rutin ni hari hari hari sampai sekolah bukak.

Cerita pasal sekolah. Ingat tahun depan nak pindah. Merasa duduk asrama pulak. Lagipun mak aku nanti jaga anak buah aku so nanti mesti aku diabaikan gitu lulz. Tapi tapi dan tapi, ramai kata graf PMR tahun ni naik wtf kalau result aku ke bawah acano? Memey tak dapek la kan nak masuk asrama. Peluang tipis. Fuhh fuhh sekarang ni aku hanya mampu berdoa dan harapkan keajaiban berlaku. Dengan izinNya...

Lagi satu, haha banyak pulak aku nak taip harini.. Kesian penduduk Islam dekat Gaza. Israel lahanat tu buat kacau dekat dieorang. Mula semalam, siot gila. Awal tahun nak buat cenggitu pulak. Aku harap sangat Allah balas atas semua benda bodoh yang dieorang buat dekat orang Islam. Dekat twitter #PrayForGaza trending tau. Lepastu ada sorang mamat ni cakap yang Israel akan serang Malaysia last sekali. Kira bila dia dah tawan negara yang dia nak, dia nak tawan Malaysia. Lepastu ada lagi sorang mamat kata, kalau kita kutuk Israel, dia detect kita, dia nak serang kita. Hmm tah ah, aku baca je. Tak la percaya sangat. Berserah dekat Allah je. Dia Maha Mengetahui.

K last nak taip. HafizKenny minat One Direction haha. Lepastu ramai pulak aku jumpa lelaki minat One Direction. Gay? Tak lah gay sangat, cam jambu comel comel cemtu. Hikhik. Gay tu harsh sangat do.

Kbye.